Categories
SELANGOR

Pegawai PRO perlu proaktif perjelas isu elak kekeliruan ramai

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 26 OGOS: Pegawai komunikasi korporat perlu proaktif mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menjelasakan sesuatu isu penting bagi mengelakkan orang ramai keliru dengan kenyataan disebar luas media sosial yang diragui kesahihannya.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Roslan Sakiman berkata dengan wujudnya laman-laman sosial di internet, orang ramai kini pantas berkongsi sebarang maklumat termasuk perkara berkaitan kerajaan.

Roslan Sakiman“Jabatan juga, sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan perlulah memastikan kenyataan itu diluluskan bagi mengelakkan maklumat bercanggah,” katanya memetik teks ucapan Setiausaha Kerajaan Negeri,Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang tidak dapat hadir.

Roslan berkata demikian dalam Majlis Ramah Mesra Pegawai-pegawai Komunikasi Korporat Negeri Selangor anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang diadakan di Dewan Pro Canselor Universiti Selangor (Unisel) di sini petang tadi.

_MG_1627Majlis yang julung kali diadakan itu turut dihadiri Presiden dan Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad serta lebih 100 wakil jabatan korporat jabatan-jabatan kerajaan serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pada masa sama, Roslan berharap majlis ramah mesra ini dapat dijadikan acara tahunan dalam mengukuhkan komunikasi korporat kerajaan Selangor.

“Jabatan korporat adalah barisan hadapan kepada sesebuah organisasi di khalayak ramai.

“Penting untuk kita tingkatkan diri dengan ilmu pengetahuan termasuk penulisan, imej dan protokol yang melambangkan imej positif jabatan kerajaan,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.