Categories
SELANGOR

Pemantauan berterusan atasi masalah sisa pepejal di Kuala Selangor

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 15 OGOS: Pemantauan berterusan dilaksanakan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) di kawasan seliaannya dalam usaha memastikan masalah sampah tidak berlaku serius dan membebankan masyarakat setempat.

“Mengikut Objektif Strategik MDKS iaitu Memperkukuhkan Pengurusan dan Perkhidmatan Perbandaran bagi Kemakmuran dan Kesejahteraan
Masyarakat, kami menjalankan pengawasan dan pemantauan kerja kontraktor pembersihan awam dan kutipan sampah.

“Jika terdapat kerja yang tidak memuaskan, maka pemberian amaran lisan, denda, notis tindakan pembetulan atau surat amaran
akan dikenakan.

sampah“MDKS juga melantik kontraktor yang mengutip sampah pukal dan mempunyai panel kontraktor yang membekalkan tong RORO jika ada keperluan atau permintaan daripada penduduk terutama ketika aktiviti gotong royong,” demikian kenyataan MDKS kepada
Selangor Kini.

Bagi menangani isu kebersihan di pasar basah dan medan selera, MDKS menerusi Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Persekitaran menyasarkan 20 kali setahun bagi operasi penguatkuasaan kebersihan.

Program Kempen Kitar Semula juga dijalankan seperti pembukaan pusat berkenaan pada setiap Sabtu yang dikendalikan MDKS bagi
mengurangkan kos ‘tipping fee’ ke tapak pelupusan sampah.

Langkah pencegahan wabak denggi dilakukan MDKS di seluruh kawasannya dengan tindakan menghapuskan tempat pembiakan pembiakan nyamuk
aedes, sekali gus mengurangkan kes demam denggi di kawasan PBT.

“MDKS juga membantu Pejabat Kesihatan Daerah dari segi perkakasan seperti bantuan bahan kimia, alat semburan nyamuk dan tenaga
kerja untuk melakukan pemeriksaan pembiakan nyamuk aedes di lokaliti wabak dalam daerah Kuala Selangor.

logo-mdks“Kami juga menyalurkan bantuan daripada segi tong sampah RORO untuk pengumpulan sampah pukal di kawasan lokaliti wabak denggi bagi
mengurangkan sampah sedia ada di kawasan berkenaan,” katanya.

Tindakan selanjutnya adalah memberi ceramah di setiap sekolah seminggu sekali, forging setiap minggu di taman perumahan, pemantauan
pembiakan Aedes di kuarters kerajaan milik MDKS, gotong royong di taman perumahan setiap minggu serta kerjasama Pejabat
Kesihatan Daerah dalam Kempen Pendidikan Kesihatan kepada penduduk taman dan pelajar sekolah.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.