Categories
SELANGOR

Pemilik rumah perlu selenggara dengan baik elak kacau ganggu

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA , 30 OGOS: Pemilik rumah di Petaling Jaya diingatkan supaya tidak membiarkan kediaman mereka dalam keadaan tidak berpenghuni dan tanpa penyelenggaraan sehingga mengakibatkan timbulnya kacau ganggu kepada masyarakat setempat.

Hal ini kerana, terdapat pemilik kediaman tidak menetap di rumah berkenaan lalu dibiarkan sehingga tidak terurus dan dikhuatiri menjadi lokasi sarang aktiviti penagih dadah dan pembiakan ular, tikus serta nyamuk aedes.

rumahMajlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) dibawah Jabatan Kesihatan Persekitaran telah menghantar notis arahan Pembersihan (UUK 5) Undang-Udang Kecil Mencegah Kekotoran 1999 kepada pemilik rumah untuk membersihkan semak samun tersebut dalam masa tujuh hari.

Ahli Majlis MBPJ, Jeyaseelen Nathony berkata, sebanyak tujuh pemilik rumah dijatuhkan hukuman denda sekitar RM350 hingga RM800.

Katanya, sekiranya pemilik rumah masih enggan untuk membersihkan kediaman mereka, denda harian akan dikenakan sehingga RM100 sehari.

Namun setakat ini katanya, tiada pemilik rumah yang dikenakan denda harian selepas dijatuhkan hukuman.

“Buat masa sekarang sebanyak tujuh kes difailkan di mahkamah dibawah Seksyen 74 Akta Kerajaan Tempatan 1976,” katanya dalam satu sidang media di Jalan 14/27 Petaling Jaya.

Mengikut data rumah terbiar dan lot kosong MBPJ, sebanyak 299 buah lot dicaratkan dengan 115 lot adalah perumahan terbiar, 176 lot banglo dan 8 lot tanah rezab.

“Masalah yang kita hadapi sekarang adalah untuk mengenalpasti pemilik sebab kita tidak mempunyai data lengkap di jabatan.

“Ada pemilik telah meninggal dunia, berhijrah ke negara luar, pertukaran hak milik dan perubahan alamat sebab dalam data tanah, hanya ada alamat dan nama pemilik.

“Jika ada nombor kad pengenalan, kita boleh mengenalpasti alamat terkini dan cari di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya lagi.

Sekiranya pemilik rumah tidak ditemui, MBPJ akan mengambil tindakan membersihkan rumah berkenaan dan kos berkenaan akan dicaj semula kepada pemilik menerusi pembayaran cukai taksiran.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.