Categories
SELANGOR

Pencemaran Diesel: Lebih 150,000 pengguna Sabak Bernam terputus bekalan air

SHAH ALAM, 21 OGOS: Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) mengesan kejadian pencemaran minyak diesel ke atas sumber air mentah di muka sauk LRA Bernam River Headwork sehingga mengakibatkan henti tugas sementara loji terpaksa dilakukan sejak jam 10.40 pagi, semalam.

SYABAS dalam satu kenyataan medianya berkata, sekurang-kurangnya 30,831 pintu rumah (154,155 pengguna) membabitkan sebahagian kawasan di Wilayah Hulu Selangor dan Sabak Bernam terputus bekalan air dan tekanan air rendah.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred, berkata pihaknya sudah memaklumkan kejadian itu kepada Kerajaan Negeri, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan pihak berkuasa tempatan berhubung situasi terbabit.

syabassKatanya, makluman itu dilakukan bagi membolehkan pihak yang terbabit melakukan siasatan lanjut termasuk mencari punca sebenar kejadian.

“Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, SYABAS dimaklumkan bahawa LUAS sudah menghantar pasukan mereka untuk meninjau dan menyiasat punca sebenar berhubung kejadian yang berlaku, sekali gus bekerjasama dengan pihak operator loji bagi menyelesaikan masalah itu.

“SYABAS tidak dapat menjangkakan bila bekalan air terawat dapat disalurkan semula kepada pengguna di kawasan terjejas,” katanya.

Beliau berkata, SYABAS akan memberi bantuan bekalan air kecemasan menerusi lori tangki dan tangki air statik sedia ada kepada pengguna mengikut keutamaan.

Pengguna yang memerlukan maklumat tambahan boleh melayari laman web SYABAS di alamat www.syabas.com.my serta Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

Pengguna juga boleh mendapatkan bantuan dengan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL<jarak>aduan / pertanyaan dan hantar kepada 39222.
SENARAI KAWASAN DI WILAYAH SABAK BERNAM

Seluruh Kawasan Bagan terap, Sungai Panjang, Parit 1 Hingga Parit 12 (Timur, Gambut & Barat) Sungai Haji Dorani Hala Sawah dan Laut
Seluruh Kawasan Pekan Sabak,Batu 37 – Batu 40, Sekendi, Sepintas, Jalan Sekolah Sepintas, Tanjung Ketum, Kampung Baru, Tanjung Jawa, Jalan Tengah
Seluruh Kawasan Pekan Sungai Besar, Panchang Bedena, Tebuk Pulai, Jalan Taman Pusara, Bagan Sungai Besar, Bagan Sungai Burung, Sungai Pulai
Seluruh Kawasan Peket 20 – Peket 100 Hala Sawah dan Laut, Parit 14 hingga – Parit 8 Hala Sawah dan Laut, Pasir Panjang, Batu 23, Sungai Leman, Sungai Nibong
Seluruh Kawasan Bagan Nakhoda Omar, Sungai Tengar, Sungai Apong, Parit Baru, Sungai Air Tawar, Sungai Lang, Tebuk Pekan, Teluk Rhu, Tebuk Jawa, Kampung Banting

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.