Categories
NASIONAL

Penduduk Chubadak nekad bina semula rumah dirobohkan DBKL

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 5 OGOS: Peneroka Kampung Chubadak Tambahan nekad membina semula rumah mereka yang dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini.

Penduduk terbabit, Saiful Asyraf, berkata hal itu berikutan Kampung Chubadak Tambahan sudah menjadi tanah kediaman mereka sejak dahulu lagi.

“Di sinilah kami dibesarkan. Di sinilah kampung kami. Jadi walau apa pun kami akan bina semula rumah kami di sini,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, baru-baru ini.

chubadak3Saiful berkata, kerja pembinaan akan dilaksanakan secara gotong royong penduduk kampung yang akan dimulakan selepas umat Islam meraikan sambutan Aidilfitri

“Kami mengupah tukang upah yang mahir sebagai ‘kepala’ dan dibantu penduduk kampung secara gotong royong.

“Bahan binaannya pula, kami gunakan kayu dan papan terpakai yang masih boleh digunakan semula, manakala simen serta batu-bata saja kena beli,” katanya.

Katanya, dia sekeluarga turut menerima bantuan RM1,000 daripada Muslimat PAS, sekali gus meringankan beban mereka.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.