Categories
SELANGOR

Pertandingan Landskap MPSJ 2014 tawar wang tunai RM500

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 21 OGOS: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan menganjurkan Pertandingan Landskap MPSJ 2014 yang menawarkan hadiah berbentuk sijil dan wang tunai RM500.

Kenyataan yang dikeluarkan MPSJ menyatakan pertandingan itu akan berlangsung di kawasan pentadbiran MPSJ dan tarikh tutup penyertaan sehingga 31 Oktober ini.

Program itu terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori pertama adalah rumah terdiri daripada rumah teres, rumah banglo, rumah tradisional, rumah pangsa kos rendah, rumah pangsa kos sederhana dan rumah kos tinggi.

logo mpsj Kategori kedua adalah premis yang terdiri daripada hotel, pusat membeli belah, taska dan tadika, kilang atau industri serta pejabat kerajaan.

Cara penyertaan boleh dibuat dengan naik turun “Upload-Like-Win” dan tagged ke www.facebook.com/PertandinganLandskapMPSJ2014.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 03-8026 4411/03-8026 4410 atau layari laman sesawang www.mpsj.gov.my.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.