Categories
SELANGOR

PKNS tanam pokok kesejuta di Taman Sains Selangor 2

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 29 OGOS: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mencatat sejarah apabila berjaya menanam pokok yang kesejuta sejak 1964.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim, berkata kejayaan penanam pokok kesejuta itu diadakan di bandar kesebelasnya, Taman Sains Selangor 2 (SSP2), di sini, hari ini.

Kira-kira 50 warga kerja PKNS menjadi sukarelawan menanam pokok di sekitar tasik di Taman Sains Selangor 2, CyberjayaKatanya, penanaman pokok itu bersempena Sambutan Jubli Emas PKNS pada tahun ini.

“Sejak 1964, pelbagai pokok yang PKNS tanam antaranya adalah Bucida Buciras, Khaya Senegalensis, Samanea Saman, Euginia Glauca, Ficus Elastica dan Tabebuia Rosea.

“Manakala, pokok yang ditanam hari ini adalah jenis Casuarina Sumatrana (Rhu Sumatrana),” katanya dalam satu kenyataan media.

PKNS ditubuhkan 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor sebagai badan korporat dan agensi untuk pembangunan peringkat negeri.

Beliau berkata, pertubuahan PKNS bertujuan menggalakkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial untuk mencapai visi negara.

Warga kerja PKNS bergotong - royong menanam pokok di Taman Sains Selangor 2, Cyberjaya“Sejak 50 tahun yang lalu, PKNS sudah memupuk semangat cintakan kehijauan pokok yang memberikan keselesaan dan kesejahteraan kehidupan seharian kepada masyarakat,” katanya

“Selain itu, pelbagai program lain dianjurkan PKNS bagi memeriahkan lagi sambutan ke-50 antaranya Konvensyen Tahunan Integriti 2014, Cabaran Boling Jubli Emas PKNS bersama media dan Cabaran Memancing Kota Puteri,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.