Categories
NASIONAL

PKR: Penyebaran dokumen rahsia ‘Langkah Kajang’ palsu & fitnah

SHAH ALAM 20 OGOS: PKR menafikan dokumen “Langkah Kajang” yang disebar di laman media sosial adalah palsu dan fitnah.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata beliau mendapat beberapa panggilan dan notifikasi pagi ini berkaitan satu dokumen kononnya ditulis Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, berkaitan “Kajang Move/Langkah Kajang”.

Langkah“Saya mengesahkan bahawa dokumen tersebut adalah palsu dan fitnah,” kata Fahmi dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, PKR mengecam tindakan sebaran maklumat yang salah dan tidak bertanggungjawab.

“Usaha sebaran fitnah sebegini membuktikan politik di Malaysia masih belum cukup matang, dan musuh politik PKR enggan berentap di tahap idea dan konsep, tetapi masih terperangkap di tahap politik fitnah dan lucah yang kuno,” kata Fahmi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.