Categories
SELANGOR

Pusat Bantuan Nur Barakah mohon sumbangan pakaian terpakai

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 28 OGOS: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras mengajak orang ramai menderma pakaian terpakai bagi membantu golongan memerlukan.

ADUN Paya Jaras, Khairuddin Othman, berkata inisiatif yang diwujudkan sejak tahun 2010 itu selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri memasyarakatkan kebajikan.

Katanya, usaha meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik tidak seharusnya dizahirkan melalui wang ringgit tetapi boleh juga hadir dalam bentuk lain seperti tenaga, kepakaran atau sumbangan barangan terpakai.

Paya jaras 5“Menjelang hari raya baru-baru ini, pakaian yang kita ada lebih 2,000 helai habis hingga kita rasa kecewa juga tidak dapat penuhi permintaan mereka yang memerlukan.

“Jadi, kita alu-alukan sumbangan orang ramai untuk memenuhkam semula stok kita supaya dapat membantu yang kurang bernasib baik,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata, orang ramai yang mahu memberi sumbangan boleh hadir ke Pusat Nur Barakah yang terletak berhampiran Masjid Sungai Pelong di Sungai Buloh.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata, pihaknya kini juga dalam perancangan mewujudkan lagi dua pusat bantuan lain iaitu pusat bantuan perabot terpakai dan bengkel ibu tunggal.

Khairuddin Othman ADUN Paya Jaras“Insya Allah jika tidak ada aral melintang kita dapat kembangkan lagi usaha membantu saudara yang lain.

“Saya percaya rakyat Selangor akan bersama menjayakan usaha murni berkenaan dalam menjadikan negeri ini berkebajikan, maju, sejahtera dan dirahmati Allah,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Pusat Bantuan Nur Barakah, orang ramai boleh hubungi Umi Rohani di talian 019-3724158 atau 019-3277267.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.