Categories
SELANGOR

Rakyat sokong penuh kebijaksanaan Sultan Selangor pilih MB

KLANG, 30 OGOS: Pelbagai golongan masyarakat Selangor hari ini menyatakan sokongan penuh kepada kebijaksanaan DYMM Sultan Selangor dalam membuat keputusan memilih Menteri Besar yang baru.

Antara yang menyatakan perkara demikian adalah beberapa artis terkenal tanah air yang bernaung di bawah Persatuan Seniman seperti Presidennya, Baharuddin Omar, Ella (and The Boys) dan Herman Tino dan beberapa orang lagi.

20140830_155630Presiden Gabungan Rakyat Arus Bawah Selangor (GRABS), Faisal Idris berkata langkah Selangor tidak boleh dipergunakan bagi tujuan politik.

“Kita adalah suara rakyat sebenar, bukan suara segelintir mereka yg rakus dan rukus,” kata Faisal di hadapan lebih 200 orang yang berhimpun di perkarangan Stadium Kota Raja di sini, hari ini.

Pengerusi Angkatan Rakyat Sedar (ARAS), Abd Rahim Abd Wahab pula menyatakan perasaan sedih apabila rakyat Selangor cuba diperkotak-katikkan poitikus yang rakus.

“Perbuatan politikus rakus yang menghuru-harakan negeri Selangor ini

“Selangor negeri nombor satu dalam Malaysia tetapi kita diperkotak-katik oleh segelintir ahli politik ini,” kata Abdul Rahim.

Sementara itu Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB), Mazli Saring pula dalam ucapannya menegaskan rakyat tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama sedia bangkit mempertahankan pentadbiran Kerajaan Negeri dari dicemari anasir luar.

20140830_152819“Hari ini kita cuma panggil NGO-NGO berhimpun, selepas ini kalau mereka masih kurang ajar kita himpunkan rakyat Selangor pula,” kata beliau.

Turut berucap, beberapa artis popular tanah air dari Persatuan Seniman dan juga kelahiran Selangor.

Antaranya Baharuddin yang terkenal dengan wataknya sebagai Anjang Aki berkata, beliau sebagai anak Selangor menyokong penuh keputusan Sultan Selangor.

“Walaupun di bumi Selangor ini ramai orang luar, tetapi kita mestilah menghormati Sultan dan undang-undang di negeri ini,” kata beliau.

Sementara Ella yang dikenali sebagai ratu rock negara pula berkata setiap rakyat negara ini tertakluk kepada rukun negara yang turut mengandungi ikrar untuk setia kepada raja dan negara.

“Ini seperti yang kita ikrarkan dalam rukun negara ‘kesetiaan kepada raja dan negara’.

“Jadi berdirinya saya di sini untuk menyokong penuh DYMM Sultan Selangor,” kata Ella sambil diberikan tepukan dan sorakkan gemuruh orang ramai yang berada di situ.

Dalam himpunan yang berlangsung kira-kira selama dua jam itu, tidak kurang 15 wakil dari pelbagai NGO menyampaikan ucapan masing-masing.

Perhimpunan itu diakhiri dengan bacaan ikrar taat setia kepada pemerintahan Sultan Selangor.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.