Categories
SELANGOR

RM50,000 menanti kaki pancing 1 Sept di Tasik Kota Puteri

SHAH ALAM, 27 Ogos: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan menganjurkan Cabaran Memancing Jubli Emas PKNS 2014 di Tasik Kota Puteri, Ijok yang akan diadakan pada 1 September depan.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata, pertandingan akan bermula pada jam 8 pagi sehingga 1 petang dengan majlis penyampaian hadiah dijangka dilakukan oleh Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah.

Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) PKNS, Ir Abdul Ghani Hashim (kanan) melepaskan ikan patin di Tasik Kota Puteri“Pertandingan ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM50,000 untuk pemenang dan 10 ketuhar sebagai hadiah cabutan bertuah. Juara akan membawa pulang RM25,000 pemenang kedua menerima RM6,000 dan tempat ketiga RM3,000.

“Yuran penyertaan RM50 satu joran untuk satu peserta dan pendaftaran 24 jam akan mula dibuka di Tasik Kota Puteri bermula jam 12 tengahari Ahad ini,” katanya.

Sebagai persiapan awal penganjur telah melepaskan satu tan ikan patin ke tasik pada jam 3 petang kelmarin, majlis pelepasan ikan disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Teknikal), Ir Abdul Ghani Hashim.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pertandingan ini sila hubungi talian 013-3588206.

Sementara itu, sepanjang tahun ini pelbagai program yang telah dan akan dianjurkan oleh PKNS bagi memeriahkan lagi sambutan 50 tahun kewujudannya, antaranya sepeti Konvensyen Tahunan Integriti 2014, Majlis Penanaman Pokok ke 1 juta di SSP2, Cabaran Boling Jubli Emas PKNS bersama Media serta banyak lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.