Categories
SELANGOR

SYABAS kini di hujung jari, kemudahan jimatkan masa pengguna

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 25 OGOS : Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menyediakan Portal Perkhidmatan Pengguna Atas Talian (Online Consumer Service Portal) untuk kemudahan pengguna berurusan dengan SYABAS.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat SYABAS, Priscilla Alfred berkata, perkhidmatan ditawarkan meliputi permohonan bekalan air baru, perkhidmatan pertukaran hakmilik atau permohonan semula bekalan air.

syabassKemudahan turut disediakan adalah penutupan akaun serta pemulangan deposit kepada pemegang akaun, membuat aduan, akses kepada berita terkini mengenai bekalan air dan infomasi berkenaan gangguan bekalan air.

Beliau berkata, pengguna hanya perlu mengisi borang elektronik dan menyerahkan kepada SYABAS untuk tindakan lanjut.

Selain itu, OCSP juga bakal dapat diakses melalui telefon mudah alih pintar (smart phone) oleh pengguna apabila pembangunan applikasi ini disempurnakan sedikit masa lagi.

“Dengan kerjasama institusi perbankan serta syarikat lain, pelbagai saluran interaktif dibangunkan SYABAS didapati berkesan dalam memberi kemudahan kepada pengguna untuk berurusan dengan SYABAS.

“Sehingga kini, jumlah institusi bank dan ejen kutipan yang bekerjasama dengan SYABAS telah meningkat kepada 17 buah institusi bank.

“Antara 11 ejen kutipan berdaftar dengan SYABAS pula meliputi kemudahan membuat bayaran di kaunter-kaunter bayaran dan servis, khidmat pesanan ringkas (SMS), dua ejen kiosk serta kedai-kedai yang tersenarai,” kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Dengan pelbagai saluran alternatif yang diwujudkan pengguna mampu mengurangkan keperluan untuk melakukan urusan bekalan air di kaunter perkhidmatan SYABAS.

SYABAS mengesyorkan kepada seluruh pengguna air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya agar lebih aktif menggunakan saluran alternatif disediakan.

“Perkhidmatan ini lebih mudah dan menjimatkan masa para pengguna.

“Pengguna juga disarankan melayari laman web SYABAS di www.syabas.com.my untuk mendapatkan senarai ejen kutipan dan kiosks rasmi sah berdaftar dengan SYABAS,” kata Priscilla.

Leave a Reply

Your email address will not be published.