Categories
NASIONAL

Tragedi MH17: Malaysia perlu contohi Belanda bela nasib mangsa

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 22 OGOS : Kerajaan Malaysia perlu mencontohi ketegasan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte untuk mengetuai penyiasatan terhadap insiden pesawat MAS, MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine bagi membela nasib rakyat mereka.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, berkata kerajaan pusat perlu mempunyai matlamat jelas untuk mengambil tindakan lanjut terhadap pihak yang mempunyai kaitan dengan tragedi itu.

Beliau berkata, ia boleh dilakukan melalui saluran Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) seperti yang pernah dilakukan syarikat penerbangan Iran Air bagi menuntut pampasan.

quran a“Yang kita pinta adalah pimpinan kerajaan pusat supaya jelas dengan tindakan seterusnya beserta saranan sama ada menggunapakai laluan ICJ seperti Iran Air dalam kejayaan meraih pampasan.¬†

“Atau menganggotai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk memastikan pihak yang bertanggungjawab membunuh rakyat kita dan tetamu Malaysia yang lain didapati bersalah dan dihukum setimpal dengan jenayah yang mereka lakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya pada Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR di Stadium Malawati, di sini, hari ini.

Kerajaan mengisytiharkan hari ini sebagai Hari Berkabung Negara ekoran tragedi yang menimpa pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal.

izzahPesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.

Setiap jenazah yang dikenal pasti akan disambut dengan penuh penghormatan serta istiadat dikendalikan bahagian istiadat pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pada upacara itu, setiap jenazah akan diusung pegawai istiadat dari Angkatan Tentera Malaysia dan dibawa menaiki 16 kereta jenazah dan diberi penghormatan mengikut agama masing-masing serta bertafakur.

Leave a Reply

Your email address will not be published.