Categories
SELANGOR

UNISEL bakal jalin kerjasama dengan Universiti Hatyai

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 29 OGOS: Universiti Hatyai, Thailand mengadakan lawatan ke Universiti Selangor (UNISEL) bagi membincangkan jalinan kerjasama dalam Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan UNISEL, perkara terbabit masih belum mendapat sebarang keputusan kerana masih di dalam peringkat perbincangan.

IMG_4562Presiden UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad, berkata pihaknya berkongsi kepada semua wakil Universiti Hatyai serba sedikit kejayaan yang dikecapi universiti itu.

Katanya, mereka turut bertukar pandangan dan hala tuju sistem pendidikan bagi mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Selain itu, Presiden Universiti Hatyai, Penolong Prof Dr Wittawat Didyasarin Sattayarak, menyatakan kegembiraan beliau berpeluang berada di UNISEL bertemu delegasi seramai tujuh orang walaupun terpaksa mengharungi perjalanan hampir 12 jam menaiki van.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.