Categories
SELANGOR

Yayasan Selangor terus pacu kecemerlangan pendidikan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 21 OGOS: Kecemerlangan dalam pendidikan menjadi fokus utama Yayasan Selangor ke arah menjadi organisasi yang berjaya di negeri itu.

Yayasan Selangor terus berusaha membantu menaja pelajar anak negeri itu demi melahirkan modal insan berkualiti yang mampu menyumbang ke arah kemajuan negeri khasnya dan negara amnya.

Pengurus Besarnya, Ismail Idris, berkata beliau akan memberi fokus supaya yayasan itu berada di tahap membanggakan membabitkan aspek kemampuan, kredibiliti, kapasiti dan kualiti.

UNISEL Yayasan Selangor biasiswa 02Katanya, Yayasan Selangor perlu mencari sumber kewangan sendiri antaranya melalui hasil sewaan bangunan, rumah kedai dan hasil pertanian seperti kelapa sawit.

“Yayasan Selangor ibarat kapal yang sudah bersedia dengan anak kapalnya, namun tiada ketua. Bila saya menyertainya, maka kena pastikan warga kerja sudah bersedia dan perlu bertindak profesional dengan perubahan cara berfikir demi kebaikan bersama.

“Bagi perancangan masa depan, kita akan gerakkan pembangunan sendiri selain pembangunan tanah pertanian hak milik Yayasan Selangor supaya ia menjadi produktif yang turut membabitkan aset yayasan seperti projek di Bukit Bintang, Kampung Pandan, Shah Alam dan Klang,” katanya dalam sesi temuramah khas dengan Selangor Kini, di sini, baru-baru ini.

Ismail berkata, konsep ‘Merakyatkan Pendidikan Selangor’ memberi kemudahan kepada pelajar di semua daerah dan zon negeri itu kerana pihaknya akan menaja lebih ramai golongan terbabit termasuk sekolah agama serta maahad tahfiz.

“Kita nak pastikan anak Selangor ini dapat merasai pembelaan sewajarnya. Semua pelajar tajaan Yayasan Selangor sentiasa dipantau prestasinya supaya mampu mencapai tahap pencapaian ditetapkan.

Logo-Yayasan-Selangor“Yayasan Selangor turut bekerjasama dengan Jabatan Pelajaran Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi tujuan itu. Kita juga sudah banyak melahirkan golongan tenaga profesional yang berjaya dalam bidang masing-masing dan ramai alumni yayasan yang boleh dibanggakan contohnya ada menjadi ahli politik, arkitek, doktor, pensyarah, ahli perniagaan, selain pegawai polis serta tentera berpangkat tinggi.

“Antara yang boleh dinyatakan adaalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr Daroyah Alwi dan Prinsipal RSP Architects Sdn Bhd, Ar Hud Abu Bakar,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.