Categories
SELANGOR

10 exco angkat sumpah, 3 muka baru

Oleh: AFEEQA AFEERA

KLANG, 26 SEPT: Seramai sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR) Selangor hari ini mengangkat sumpah secara rasmi sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Exco Selangor kali ini menampilkan tiga muka baru dan mengekalkan tujuh muka lama dalam pentadbiran Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

exco selPKR membariskan dua Adun muka lama iaitu Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dan Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi manakala muka baru adalah Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari.

Adun daripada PAS turut mengekalkan dua muka lama iaitu Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi manakala muka baru adalah Adun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib.

Sementara tiga Adun DAP kesemuanya dikekalkan terdiri daripada Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim , Adun Kota Alam Shah, Ganabatirau Veraman dan Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Istiadat angkat sumpah kesemua sepuluh Exco yang diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah itu berlangsung di Balairung Seri di Istana Alam Shah, di sini.

Teng mengetuai barisan Exco memulakan istiadat angkat sumpah dan menerima surat perlantikan daripada Sultan Selangor.
EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.