Categories
SELANGOR

MB: “Biar drama mereka jadi lawak jenaka dikenang selamanya”

SHAH ALAM 22 SEPT: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu penjawat awam terus berkhidmat kepada rakyat dengan tidak terikut rentak ahli politik dalam pentadbiran kerajaan.

“Biarkan orang politik berperang. Biarlah ahli politik berlakon dan berdrama. Kita terus kerja.

khalid3“Biar drama mereka jadi lawak jenaka yang akan dikenang selamanya,” kata Abdul Khalid di depan kira-kira 1,000 kakitangan awam pada majlis perpisahannya di foyer Setiausaha Kerajaan (SUK) di sini, hari ini.

Abdul Khalid sepanjang menduduki kerusi Menteri Besar Selangor dianggap sebagai seorang ketua yang tegar memisahkan pentadbirannya daripada pengaruh politik.

Tindakan beliau itu walaupun tidak disenangi sesetengah pemimpin parti politik tetapi disokong penjawat awam kerana dianggap melicinkan jentera pentadbiran dan mengelakkan amalan rasuah.

Abdul Khalid dalam ucapan terakhirnya mencabar penggantinya memulangkan hasil keuntungan aset air kepada rakyat.

Beliau berkata, penggantinya perlu memulangkan aset air bernilai RM14 bilion secara saham seperti yang dijanjikan Pakatan Rakyat (PR) dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

MB pisah“Jika tidak rakyat akan hukum mereka kerana sudah janji dalam manifesto PRU lalu,” katanya ketika berucap

“Ini cabaran kita kepada pemimpin akan datang,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.