Categories
SELANGOR

Abdul Khalid cabar MB baru laksanakan saham air untuk rakyat

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 22 SEPT: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melontarkan cabaran kepada Menteri Besar baru agar melaksanakan terbitan saham air di negeri itu.

Hal ini berikutan menerbitkan saham air di Selangor merupakan salah satu janji dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

MB khalid“Saya cabar bakal Menteri Besar baru terbitkan saham agar rakyat dapat memiliki saham air di Selangor,” kata beliau dalam Majlis Perpisahan Menteri Besar di Lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Tambah Abdul Khalid, Kerajaan Negeri sebelum ini berjaya kembalikan hak milik pengurusan air di Selangor dengan aset bernilai RM14 bilion kepada rakyat negeri itu.

Langkah itu katanya antara kejayaan terbesar yang dicapai sepanjang menerajui pentadbiran Kerajaan Selangor.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.