Categories
SELANGOR

Abdul Khalid: “Tunggu pengumuman Istana”

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 20 SEPT : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon maaf kepada semua pihak kerana tidak dapat memberi sebarang ulasan atau kenyataan berhubung isu jawatan Menteri Besar Selangor yang baru.

Sebaliknya, beliau berkata ia hanya akan dilakukan sebaik sahaja pihak istana mengumumkan hal pelantikan berkenaan secara rasmi kelak.

Sultan“Maaf, saya tidak dapat berikan sebarang ulasan berhubung jawatan Menteri Besar sehingga pihak istana mengumumkan hal tersebut secara rasmi,” tulisnya ringkas di Facebook.

Menteri Besar Selangor yang baru dijangka akan mengangkat sumpah pada Selasa ini di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang pada jam 10 pagi.

Perkara itu disahkan pihak urusetia istana dan turut diakui Setiausaha DYMM Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

Difahamkan, kad undangan bagi Istiadat Angkat Sumpah itu sudah diedarkan kepada para pemimpin negeri, wakil rakyat dan orang-orang kenamaan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.