Categories
NASIONAL

Zahid Hamidi dituntut mohon maaf berhubung isu Unit Amal PAS

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 2 SEPT: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dituntut supaya membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyatannya yang disifatkan sebagai satu kesilapan terhadap Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS (Unit Amal).

Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat, berkata, Jabatan Amal yang ditubuhkan adalah badan kebajikan yang dituubhkan untuk menguruskan kebajikan serta bantuan kemanusiaan Pemuda PAS dan rakyat Malaysia.

banjir_srimendan_3Katanya beliau sendiri tidak mengerti mengapa pihak kerajaan secara drastik mahu mengambil tindakan terhadap pertubuhan itu sususlan selepas menahan 154 anggota Pasukan Peronda Sukarela di Pulau Pinang, kelmarin.

“Saya tak nampak kenapa kerajaan mahu ambil tindakan kerana selama tempoh Jabatan Amal bertugas lebih 20 tahun dan adakalanya bekerjasama dengan pihak polis dan agensi kerajaan, tiba-tiba hari ini mahu dipersalahkan.

“Saya tidak faham dengan Zahid ini,” katanya menerusi laman Facebook.

Beliau turut mencabar Ahmad Zahid supaya menangkapnya terlebih dahulu sekira ingin mengambil tindakan terhadap Unit Amal PAS.

Ini kerana katanya Jabatan Amal adalah di bawah tanggungjawab beliau selaku Ketua Pemuda PAS Malaysia.

Unit Amal“Saya cabar Ahmad Zahid, jika nak ambil tindakan pada Jabatan Amal, tangkap saya dahulu,” katanya lagi,

Sementara itu, Suhaizan berkata para peguam di bawah Pemuda PAS juga sudah bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan sekiranya tindakan undang-undang diambil terhadap Jabatan Amal.

“Kes-kes mahkamah sebelum ini jelas mahkamah membebaskan para petugas Unit Amal dari tuduhan kerana ia adalah di bawah urusan parti yang sah di sisi undang-undang,” katanya.

Terdahulu, Zahid dilaporkan berkata bahawa tindakan yang sama terhadap anggota PPS juga akan diambil oleh pihak polis terhadap Unit Amal PAS.

Menteri itu berkata demikian ketika ditanya mengenai perbezaan di antara PPS dan Unit Amal.

Unit Amal telah beroperasi selama beberapa dekad dan membantu mengawal orang ramai semasa protes parti pembangkang dan juga dalam acara-acara kemasyarakatan PAS.

Ditubuhkan pada tahun 1991, ia mempunyai kira-kira 3,000 anggota yang berusia lebih 18 tahun yang menerima latihan daripada pemimpin dalam kalangan sendiri, termasuk guru dan bekas tentera.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.