Categories
NASIONAL

Akta Hasutan makin mengganas, Anwar mangsa terkini

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 24 SEPT: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus diam membisu meskipun sebelum ini beliau berjanji memansuhkan akta ini dalam transformasi dasar-dasar negara ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata pertuduhan akta hasutan yang bertalu-talu terhadap wakil rakyat pembangkang dan individu lain dilihat sebagai satu tindakan penindasan bukannya pendakwaan.

mansuh akta“Persoalannya, selepas pimpinan pembangkang, aktivis NGO, pendakwah bebas, ahli akademik dan mahasiswa, siapa lagi bakal menjadi mangsa akta zalim ini?

“Sebagaimana kata-kata pemikir Islam tersohor, Tariq Ramadan, Manusia itu sememangnya bebas, tetapi beliau bertanggungjawab di atas kebebasan ini di hadapan Tuhan sebagaimana di hadapan manusia yang lain,” katanya dalam satu kenyataan media.

Semalam, penasihat undang-undang KEADILAN, Latheefa Koya memberitahu, Anwar menjadi mangsa terbaru yang disiasat di bawah Akta Hasutan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu akan disiasat pada Jumaat ini, dipercayai berhubung ucapan yang dibuat dalam satu perhimpunan aman pada 2011.

Setakat ini,  12 individu dituduh di bawah akta hasutan ini seperti Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendren, Aktivis Mahasiswa Adam Adli, Wartawan Soosan Loone, Ahli Akademik Azmi Sharom dan beberapa individu lain.

Beliau berkata, Perunding imej Najib giat melabelkan beliau sebagai pemimpin Islam yang mempromosikan demokrasi dan wasatiyyah meskipun gelaran ini tidak diterjemahkan di dalam realiti.

“Ini adalah amanah Najib dan menteri-menterinya yang lain yang sepatutnya menunaikan janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan dari terus diam membisu,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.