Categories
NASIONAL

AMK: Pimpinan Pakatan patut kembali kukuhkan gagasan bersama

SHAH ALAM 22 SEPT: Angkatan Muda KEADILAN mengambil maklum pandangan serta kritikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan penggulungan beliau di Muktamar PAS dengan penuh keterbukaan.

Timbalan Ketuanya, DR. Afif Bahardin berkara Tahaluf siyasi atau kerjasama politik sewajarnya dilandaskan di atas nilai kebersamaan dan kepercayaan sebagaimana dipersetujui di awal pembentukan Pakatan Rakyat.

PAKATAN RAKYATIa dengan memperjuangkan prinsip keadilan dan kebebasan di Malaysia dalam kerangka yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Maka sewajarnya semangat dan matlamat ini digarap dan dihidupkan semula demi memulihkan kembali hubungan dua hala yang kini kelihatan keruh,” kata Dr Afif dalam kenyataan medianya.

Beliau berkata barisan kepimpinan Pakatan Rakyat patut segera mencari titik persamaan dengan kembali ke meja rundingan dan mengangkat semangat muafakat sebagai teras mengukuhkan semula Pakatan Rakyat.

“PAS, DAP dan KEADILAN perlu bersatu dan kembali kepada mauduk asal Pakatan Rakyat iaitu untuk menegakkan keadilan dan kebebasan demi membentuk sebuah negara Malaysia yang gagah,” katanya.

Beliau berkata Pakatan Rakyat juga perlu memulakan inisiatif baru dengan mengalu-alukan penglibatan parti politik lain termasuk parti dari Borneo berganding bahu untuk mendepani UMNO-Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang.

“Rakyat menaruh harapan cukup tinggi melihat sebuah Pakatan Rakyat yang utuh dan kuat untuk terus membela dan memartabatkan hak mereka,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.