Categories
SELANGOR

Anwar: MB dan Exco patut turunkan kadar elaun

PETALING JAYA 26 SEPT: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PKR mahu Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali agar menurunkan kadar elaun Menteri Besar dan exco pada kadar munasabah.

Anwar berkata kadar kenaikan itu sebelum ini walaupun ada kewajaran namun tidak perlu dilaksanakan secara mendadak.

BydzwhBCYAEgOYQKatanya perkara itu yang diputuskan mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu dipertimbangkan semula demi kepedulian rakyat.

Sebelum ini, gaji Menteri Besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN  (RM6,109.29 kepada RM22,500); timbalan speaker (RM3,327.50 kepada RM15,750) dan Adun (RM6,000 kepada RM11,250).

“Kita nasihatkan menteri besar dan exco yang baharu ini supaya menurunkan elaun mereka pada kadar yang munasabah, kenaikan itu wajar tapi tidak perlu mendadak.

“Pemindahan dana pendidikan tidak pernah berlaku sebelum ini dan saya mohon menteri besar membawanya pada sidang Dun Selangor nanti,” katanya pada sidang media, di ibu pejabat PKR, di sini.

Mengulas lanjut, Anwar mendakwa ketika Abdul Khalid menjadi menteri besar, beliau tidak pernah bermesyuarat walaupun sekali dengan ahli Jawatankuasa Mengenai Penstrukturan Air Selangor yang ditubuhkan Majlis Pimpinan PR pada awal tahun ini.

“Keputusan Majlis Pimpinan PR setahun lalu yang dihadiri oleh tiga-tiga pemimpin PR adalah untuk bersama Abdul Khalid memberi pandangan dan nasihat mengenai perjanjian air.

“Jawatankuasa itu diwakili ketiga-tiga parti iaitu Dr Dzulkefly Ahmad (Pas), Tony Pua (DAP) dan Rafizi Ramli (PKR), namun belum ada satu mesyuarat pun semasa menteri besar lepas,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.