Categories
SELANGOR

Anwar mohon ampun kepada Sultan Selangor

SHAH ALAM 19 SEPT: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon ampun kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana mengeluarkan kenyataan pencalonan satu nama menteri besar merupakan konvensyen diamalkan sejak zaman kemerdekaan 1957.

Anwar dalam kenyataan satu kenyataan terhadap Setiausaha Sulit Sultan Datuk Mohamad Munir Bani berkata, beliau hanya menyatakan apa yang berlaku dalam pengetahuannya semasa berada dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak 1982 hingga 1998.

Sultan“Ingin saya jelaskan, saya hanya menyatakan apa yang berlaku dalam pengetahuan saya terutama sepanjang saya dalam kerajaan Umno-BN, sejak 1982 hingga 1998.

“Sekiranya ada kekhilafan berlaku, saya mohon ampun daripada Sultan Selangor,” kata Anwar.

Sebelum ini, Istana Selangor menjelaskan amalan meminta lebih daripada satu nama calon menteri besar adalah satu amalan lazim sejak zaman pentadbiran BN lagi.

Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menjelaskan sewaktu pentadbiran BN, beberapa nama calon dikemukakan oleh Perdana Menteri melalui Majlis Menghadap Sultan dan Sultan Selangor akan memilih calon yang difikirkan layak.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.