Categories
NASIONAL

Anwar sedia didakwa & cabar akta hasutan

PETALING JAYA 26 SEPT: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bersedia menghadapi dakwaan Akta Hasutan itu jika didakwa.

Anwar berkata beliau akan mencabar kesahihan Akta Hasutan 1948 itu.

Katanya beliau juga percaya bahawa rakyat bersama mereka dalam kempen besar-besaran untuk memansuhkan Akta Hasutan.

AnwarKenyataan Anwar petang tadi dirakam oleh seorang pegawai polis dari ibu pejabat polis Ampang yang berlangsung selama kira-kira sejam.

Kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan.

Anwar di soal siasat kerana ucapannya pada 2011 di Taman Melati, Gombak bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib, ADUN Batu Caves, Amirudin Shari dan ADUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali.

Pada 30 Mac 2011, Azmin memberi keterangan di IPD Ampang Jaya untuk memberi keterangan berhubung kekecohan ketika program parti, yang dianjurkan di pusat khidmat masyarakatnya di Gombak pada 25 Mac.

Azmin disiasat di bawah Seksyen 27(5) Akta Polis dan Akta Hasutan.

Sementara itu, Penasihat Undang-Undang KEADILAN, Latheefa Koya berkata Anwar disoal siasat kurang dari satu jam iaitu daripada pukul 3.40 sehingga 4.20 petang.

“Dia disoal siasat, nampak gayanya polis mahu juga menuduhnya di bawah Akta Hasutan.

“Keterangan Anwar diambil dan difahamkan perkembangan lanjut akan diketahui dalam masa kira-kira satu minggu,” katanya dipetik Astro Awani.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.