Categories
SELANGOR

Azmin Ali bakal MB Selangor baru

SHAH ALAM 22 SEPT: Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali bakal menjadi Menteri Besar Selangor yang baru selepas DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik beliau menjawat jawatan itu.

Perkara itu dinyatakan melalui surat dari Pejabat DYMM Sultan Selangor kepada Azmin Ali.

azmin ali dalm dun 2“Sehubungan itu, YB Tuan diminta hadir ke Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor yang akan diadakan pada 23 September 2014, jam 10.30 pagi di Istana Alam Shah, Klang,” menurut surat itu.

Ia ditandatangani Setiausaha Sulit DYMM Sultan, Datuk Mohamad Munir Bani.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.