Categories
SELANGOR

Azmin belum putus lantik Wan Azizah jadi Exco

Oleh: AFIX REDZUAN

RAWANG, 24 SEPT: Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali belum memutuskan barisan kabinet baru yang bakal dilantik.

Turut ditanya berhubung kemungkinan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Exco beliau hanya menjawab, belum diputuskan.

“Belum putus. Hari mengangkat sumpah (Exco) Jumaat. Kena putuskan sebelum Jumaat,” katanya kepada media.

Sebelum ini,  PAS Selangor akan bermesyuarat malam ini bagi menentukan nama-nama Adun yang akan disenaraikan sebagai Exco kerajaan negeri untuk diserahkan kepada PAS Pusat.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad, berkata nama-nama itu akan diserahkan kepada PAS Pusat segera mungkin untuk mendapatkan kelulusan daripada pucuk pimpinan parti.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.