Categories
SELANGOR

Azmin mula tugas MB secara rasmi

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 24 SEPT : Mohamed Azmin Ali hari ini secara rasmi memulakan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor yang baru setelah mengangkat sumpah sebagai pemimpin tertinggi negeri semalam di Istana Alam Shah, Klang.

Beliau tiba di perkarangan lobi Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada pukul 7.45 pagi tadi sebelum dibawa masuk ke pejabat Menteri Besar di Tingkat 21.

MB azminAzmin ketika ditemui pemberita melahirkan kesyukuran kerana dapat memulakan tugas baru sebagai Menteri Besar seperti yang telah diamanahkan kepadanya.

Beliau juga memberi jaminan akan menggalas tugasnya dengan sebaik mungkin.

“Saya bersyukur kerana pada hari ini dapat memulakan tugas baru saya yang telah diberikan amanah.

“Setelah mengadakan perbincangan awal dengan Datuk SUK tentang tugas-tugas Menteri Besar, sekarang saya akan menghadiri majlis taklimat bersama ketua jabatan,” katanya.

_MG_5604 copySebelum itu, beliau sempat beramah mesra dengan kakitangan di SUK dan mengadakan lawatan di sekitar pejabatnya sebelum mendengar sesi taklimat di Bilik Gerakan, Tingkat 22.

Mengiringi beliau adalah Setiusaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ke-15 di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam.

Beliau menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang merupakan Menteri Besar Selangor sejak tahun 2008.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.