Categories
NASIONAL

Bajet 2015: Ambil duit rakyat miskin tambah pendapatan

SHAH ALAM 26 SEPT: Kerajaan Pusat gagal dalam mencari punca pendapatan baru negara pada Bajet 2015 apabila hanya menumpukan pendapatan melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar, berkata kerajaan sepatutnya membentangkan kerangka baru selain GST sebagai sumber pendapatan negara bagi menampung keperluan negara masa akan datang.

GST Grafik Baru“Kita mengharapkan GST ini dihapuskan pada bajet yang akan dibentangkan nanti tetapi bukan itu yang difikirkan kerajaan kerana mereka berpendapat itu merupakan sumbar pandapatan negara yang baru.

“Ini jelas membuktikan kelemahan kerajaan yang ada sekarang, gagal memikir atau membuat penyelidikan untuk sumber-sumber baru, bagi mereka lebih mudah ambil duit dari seluruh rakyat,” katanya dipetik Harakahdaily.

Menurut beliau, sebelum pelaksanaan GST hanya 15 hingga 20 peratus sahaja rakyat Malaysia yang layak membayar cukai.

“Lebih kurang 80 peratus rakyat yang tidak layak membayar cukai kerana pendapatan mereka yang rendah.

“Tetapi dengan GST 80 peratus golongan terdiri dari rakyat miskin terpaksa membayar cukai, ini jelas membebankan rakyat di bawah, ambil duit rakyat miskin untuk menambah pendapatan negara,” sambung beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut berpendapat kerajaan akan turut membentangkan beberapa insentif kepada rakyat bagi meredakan kemarahan sebelum pelaksanaan GST sepenuhnya April 2015.

“Insentif sudah pasti ada mungkin melalui pemberian BR1M yang dinaik tetapi ia hanya bergantung kepada pendapatan yang diperolehi melalui GST dari poket rakyat miskin,” kata beliau lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan Bajet 2015 di parlimen pada 10 Oktober ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.