Categories
SELANGOR

Bekas MB: Selesaikan isu MB segera, elak Istana diheret kemelut

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 18 SEPT: Bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mengingatkan semua untuk tidak mengheret istana dalam kemelut politik.

Beliau yang kini menyertai PAS berkata, semua pihak terutama parti komponen Pakatan Rakyat (PR) perlu bertenang dan akur kepada titah daripada Istana.

SultanIni termasuk, katanya, titah Istana untuk mendapatkan senarai lebih dua calon bagi mengisi kerusi Menteri Besar Selangor.

“Kita tidak boleh heret Tuanku Sultan kerana masalah yang ada sekarang adalah masalah yang dimulakan parti politik.

“Kalau serahkan satu nama calon timbul masalah, tidak diterima, cadangkanlah nama baru.

“Kemudian, siapa pun diperkenan, terpulanglah,” katanya dalam wacana Sinar Harian bertajuk ‘Kerusi Panas MB Selangor’ di Auditorium Karangkraf di sini petang, semalam.

Turut menjadi ahli panel ialah bekas pensyarah undang-undang, Dr. Aziz Bari dan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad selain dikendalikan moderator Dr. Maszlee Malik.

Mengulas lanjut, Muhammad berharap kemelut kerusi Menteri Besar dapat diselesaikan segera bagi melancarkan urusan pentadbiran kerajaan negeri.

“Kita tidak mahu terus berpanjangan, tidak mahu nanti rakyat nampak pekung di dada.

“Calonkan satu calon yang betul-betul ada kredibiliti dan saya tak nampak istana akan tolak,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.