Categories
SELANGOR

BELAMISKIN tekad bantu golongan memerlukan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM 7 SEPT: Orang ramai dialu-alukan untuk memberikan sumbangkan kepada Pertubuhan Membela Miskin Tegar Malaysia (BELAMISKIN) supaya pertubuhan itu dapat menjalankan aktiviti kebajikan secara berterusan.

BELAMISKIN yang ditubuhkan pada 2010 lebih dikenali sebagai Pusat Makanan Percuma bagi golongan warga emas, orang kurang upaya (OKU), pelajar, ibu tunggal, buruh dan miskin.

belamiskinPresiden Belamiskin, Ahmad Darith Mohamad Sauffi berkata kos operasi penyaluran bantuan itu memerlukan sebanyak RM30,000 hingga RM 40,000 sebulan.

Katanya, dianggarkan pusat itu menerima kunjungan sebanyak 150 hingga 200 orang daripada golongan terbabit sehari.

“Kita memberikan makanan percuma tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama kepada masyarakat setempat.

“Pada awal penubuhan, aktiviti memberi makanan percuma ini dibiayai sepenuhnya oleh keluarga pengasas Belamiskin ini melalui kumpulan syarikat Laksamana,” katanya dalam sidang media di pusat itu di Seksyen 16, di sini.

Beliau berkata pusat itu juga menjalankan operasi sebagai pusat tuisyen percuma kepada pelajar sekitar bagaimanapun terpaksa diberhentikan baru-baru ini disebabkan kekurangan dana dan tenaga pengajar.

“Oleh itu, kami mengalukan-alukan sumbangan dari orang ramai supaya banyak lagi aktiviti dapat dilakukan oleh pertubuhan ini,” katanya.

Darith berkata bagi penggal ini, empat program yang lebih bersistematik dan teratur disusun.

Antaranya, ‘public donorship programme, corporate social responsibility programme, In house NGO links programme dan membership programme’.

“Ia membabitkan konsep ‘soup kitchen’, tuisyen percuma, sumbangan barang makanan kering, memberi sumbangan peralatan dan perkakasan serta pemuliharaan alam sekitar,” katanya.

Sumbangan boleh dibuat menerusi akaun RHB Belamiskin di akaun 2620-54000-211-31.

Dalam majlis itu juga, Belamiskin menjalin kerjasama dengan Kelab Kebajikan Bangsa Prihatin Malaysia (KKBPM) bagi berterusan menjalankan kerja-kerja kebajikan untuk golongan memerlukan.

Memorandum persefahaman (MOU) ditandantangani Presiden Belamiskin, Ahmad Darith Mohamad Sauffi dan Presiden KKBPM, Datuk Zaleha Najmuddin.

Zaleha berkata dengan kerjasama itu diharap dapat bersama-sama dalam membantu golongan miskin tegar.

Katanya, disamping membantu memberikan bantuan makanan dan keperluan lain, pihaknya juga akan memberikan golongan itu ilmu supaya dapat keluar dari masalah kemiskinan.

“Kita sangat berharap dapat membantu mereka keluar supaya lebih berdikari seterusnya keluar dari kepompong kemiskinan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.