Categories
NASIONAL

‘Bertindak sendirian tapi bila timbul masalah baru mahu berpakat’

Oleh Afix Redzuan

BATU PAHAT, 19 SEPT: Parti gabungan dalam Pakatan Rakyat (PR) perlu sentiasa berbincang dengan rakan parti sebelum mengambil sesuatu tindakan drastik, bukannya bertindak sendirian.

Exco Pemodenan Pertanian dan Agama Negeri Selangor, Sallehen Mukhyi kesal kerana  sesetengah parti gabungan berbuat demikian hingga memberi kesan negatif kepada rakan lain.

“Kalau nak berpakat, biarlah berpakat betul-betul. Jangan apabila timbul masalah barulah nak berpakat dan timbulkan masalah kepada rakan dalam PR.

“Biarlah kita berpakat dari awal, buat secara telus,” katanya ketika membahas ucapan dasar Presiden PAS di Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Parit Salleh Ros di sini.

Berpendapat ahli boleh menolak pemimpin yang dianggap gagal melaksanakan tugas melalui muktamar, Sallehen turut mengingatkan ahli PAS agar lebih beradab dan berakhlak jika tidak sependapat dengan kepimpinan parti itu.

Beliau pembahas terakhir petang semalam, antara yang ditunggu-tunggu perwakilan Muktamar PAS berikutan kemelut politik di Selangor dan turut menerima sokongan perwakilan yang berkali-kali bertakbir.

Saksikan siaran langsung melalui TVSelangorku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.