Categories
SELANGOR

Biar PAS Pusat pilih calon Timbalan Speaker DNS- Khairuddin

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 27 SEPT: ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman menyerahkan kepada kepimpinan PAS Pusat untuk menentukan calon menduduki kerusi Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) yang diperuntukkan kepada PAS.

Mohd Khairuddin berkata, beliau sebagai pemimpin di peringkat negeri tidak wajar mendahului Jawatankuasa PAS Pusat dan meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada jawatankuasa itu dalam membuat keputusan.

DNS wide 01“Sesiapa diberi amanah jawatan Timbalan Speaker mampu jalankan tanggungjawab dengan baik dan berkesan. PAS tidak pilih sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira kriteria tertentu.

“Biarlah perkara itu ditentukan pemimpin PAS pusat, sama ada saya dilantik atau tidak, itu tak mengapa tetapi ada baiknya kalau (ADUN) Bangi dipilih,” jawapan spontan beliau sambil ketawa apabila diajukan soalan mengenai spekulasi nama beliau dan ADUN Bangi, Mohd Shafie Ngah dikaitkan dengan kerusi Timbalan Speaker DNS.

Mohd Khairuddin dan Mohd Shafie merupakan calon ‘favourite’ yang disebut-sebut dikalangan pengamal media dan pemerhati politik Selangor memandangkan masing-masing mempunyai latar belakang seorang pengamal perundangan.

Semalam Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dalam sidang medianya berkata, kerusi Timbalan Speaker DNS yang dikosongkan penyandangnya, Nik Nazmi Nik Ahmad akan diisi ADUN daripada PAS berdasarkan nama yang dikemukakan parti itu kepada beliau.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.