Categories
SELANGOR

Cabutan bertuah RM3,000 menanti peserta Program kayuhan santai MPAJ

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 3 SEPT: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan menganjurkan Program Kayuhan Santai Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 dan Hari Malaysia.

Menurut MPAJ, program akan bermula seawal jam 7 pagi hingga 1 tengah hari bertempat di Padang Perbandaran  Pandan Indah pada 16 September ini.

MPAJ-kayuhan santai“Peserta dikehendaki memakai pakaian bertemakan pakaian tradisional atau kemerdekaan.

“Hadiah turut disediakan bagi pemenang pakaian tercantik dan hiasan basikal tercantik mengikut tema,” katanya.

Peserta juga berpeluang memenangi cabutan bertuah bernilai RM3,000.

Selain itu, MPAJ turut mengadakan aktiviti sampingan yang menarik seperti pertandingan galah panjang dan congkak di sepanjang berlangsungnya program.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Zul, Rahinan dan Fida di talian 03-4296 8012.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.