Categories
NASIONAL

Dataran Parit Salleh Ros siap sedia terima kehadiran Muktamar PAS ke-60

Oleh: AFIX REDZUAN

BATU PAHAT, 17 SEPT: Dataran Parit Salleh Ros bersedia menerima kehadiran pimpinan utama, perwakilan dan penyokong bagi memeriahkan lagi Muktamar Tahunan PAS ke-60.

Berlangsung di Parit Raja selama tiga hari bermula Khamis ini, 18 September dan berakhir pada Sabtu 20 September, tinjauan Selangor Kini di pentas utama mendapati petugas muktamar sedang membuat persiapan akhir sebelum dilangsungkan esok, kali pertama diadakan di Johor.

Muktamar PASTurut kelihatan kawasan diperuntukkan untuk orang awam berniaga sekaligus membawa ‘durian runtuh’ kepada penduduk setempat menambah pendapatan mereka.

Dijangkakan orang awam termasuk penduduk setempat akan mengambil kesempatan untuk membeli belah dan melihat sendiri perjalanan muktamar kali ini selain melihat dengan lebih dekat barisan kepimpinan PAS yang diketuai Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dijangkakan terdapat sedikit masalah tempat letak kereta memandangkan lokasi muktamar adalah di tepi jalan utama.

Namun, kemudahan asas lain seperti tandas dan ruang solat serta pusat petugas media telah disiapkan bagi melancarkan lagi proses perjalanan muktamar kali ini.

PAS muktamarDifahamkan, tempat penginapan di sekitar Parit Raja terutama di kawasan perkampungan, homestay dan hotel sudah penuh ditempah mereka yang bakal hadir di muktamar kali ini termasuklah petugas media.

Lokasi muktamar pada awalnya dijadualkan berlangsung di Johor Bahru namun terpaksa ditukar ke Batu Pahat disebabkan masalah kelulusan dari pihak berkuasa tempatan.

Lokasi yang dimaksudkan adalah satu kawasan tanah lapang berdekatan Sutera Mall, Johor Bahru.

Muktamar PAS telah dimulakan pada Selasa dengan pembukaan Dewan Pemuda dan Muslimat lalu diikuti dengan Dewan Majlis Syura Ulama.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.