Categories
NASIONAL

Dewan Muslimat lulus usul desak kerajaan batal GST

SKUDAI 17 SEPT: Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) hari ini sebulat suara menerima usul bagi mendesak kerajaan membatalkan pelaksanaan Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Usul ITU dibentangkan oleh Pengarah Ameerah Malaysia, Fareedah Samad dan dibahas  tiga perwakilan dari Selangor, Kedah dan Perlis di muktamar DMPM Ke-54 Di Pulai Spring Resort hari ini.

DMPM mendesak kerajaan mengambil langkah berkesan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam perbelanjaan isi rumah mereka apabila Akta GST dilaksanakan.

Mereka juga mendesak kerajaan memberi lebih tumpuan kepada usaha melonjak pendapatan rayat melalui campur tangan terus kerajaan bagi menyeimbangkan kehidupan rakyat yang sedang berdepan dengan kos sara hidup tinggi.

“Kerajaan perlu mengekang inflasi daripada melonjak apabila GST dilaksanakan dengan mengenakan kadar sifar ke atas bahan api utama yang digunakan rakyat seperti petrol, diesel dan elektrik,” katanya dipetik Harakah Daily.

DMPM kesal kerana jika GST dilaksanakan di Malaysia dalam masa terdekat, 10 juta rakyat Malaysia yang selama ini tidak layak membayar cukai terpaksa menanggung bebanan cukai baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published.