Categories
SELANGOR

DPIM: Jadikan Selangor hub halal antarabangsa, mesra bisnes

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 27 SEPT: Golongan peniaga mahu Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menjalinkan hubungan baik dengan ahli perniagaan dan berusaha membawa pelabur luar bagi menggandakan pelaburan.

Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia Selangor (DPIM Selangor), Datuk Mat Ghazali Abdul Akim berharap Azmin dapat merealisasikan cadangan menjadikan Selangor sebagai hub halal antarabangsa.

PC MB Azmin di SUK (5)Katanya, Selangor berpotensi besar kerana mempunyai kedudukan strategik dari segi geografi selain dikelilingi dengan kemudahan infrastruktur dan pengangkutan.

“Dengan kehadiran pelabur ini merancakkan suasana perniagaan serta meningkatkan ekonomi,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Katanya peningkatan pelaburan dalam pelbagai sektor membuka banyak peluang pekerjaan dan peluang bisnes baru.

“Peluang ini sangat dinanti-nantikan generasi muda yang sedang mencari pekerjaan serta yang sedang membina kerjaya,” kata beliau lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.