Categories
SELANGOR

MB: Exco baru angkat sumpah Jumaat ini

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KLANG, 23 SEPT: Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru akan mengangkat sumpah pada Jumaat ini.

Azmin mbMenteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata perbincangan memilih Exco akan dimulakan seawal petang ini dan dijangka dapat diputuskan selewat-lewatnya Khamis ini.

“Kita akan ada perbincangan petang ini untuk lihat komposisi Exco. Saya akan segerakan kerana Tuanku menitahkan perkara ini agar dapat selesai segera.

“Proses perbincangan belumĀ  bermula dan kita akan maklumkan. Istiadat angkat sumpah exco Negeri akan diadakan Jumaat ini dan keputusan tertakluk kepada perbincangan,” kata Azmin Ali pada sidang medianya di Balai Tengah Istana Alam Shah, Klang.

Jelas beliau perbincangan yang diadakan bersama pemimpin komponen Pakatan Rakyat (PR) itu nanti turut merangkumi kedudukan empat Exco daripada PAS sedia ada.

Azmin berkata isu Timbalan Menteri Besar tidak wujud ketika ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.