Categories
SELANGOR

Exco: Keputusan secara konsensus bukan individu

KLANG 26 SEPT: Adun Kota Alam Shah, Ganabatirau Veraman berkata beliau mengharapkan barisan exco dilantik dapat bekerjasama dengan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali secara berpasukan dengan tidak membuat keputusan secara individu.

V-GanabatirauGanabatirau berkata barisan exco yang dilantik ini tidak lagi memperjuangkan konsep parti masing-masing tetapi lebih kepada Pakatan Rakyat (PR).

“Kita mesti mempunyai konsesus dalam membuat keputusan,” kata Ganabatirau selepas Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Exco di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang hari ini.

ZaidyAdun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib berkata beliau berikrar memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa mengira latar belakang parti.

“Kemelut yang lepas kita tinggalkan. Kemelut itu pun kita dah tutup buku.

“Paling penting sekarang adalah rakyat, jadi kita kena fokuskan kepada perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.