Categories
SELANGOR

Exco baru: Komposisi PKR 4, PAS 3, DAP 3

SHAH ALAM 26 SEPT: Barisan baru Exco Kerajaan Selangor yang diumumkan pagi ini menyaksikan komposisi terdiri daripada PKR 4, PAS 3 dan DAP 3.

Jumlah ahli exco PAS dikurangkan daripada empat sebelum ini kepada tiga orang.

PC MB Azmin di SUK (5)Komposisi baru barisan Exco PKR-DAP-PAS itu, telah diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor semalam dan diumumkan oleh Menteri Besar, Azmin Ali.

Dua exco senior PAS, Sallehen Mukhyi dan Dr Halimah Ali tidak dilantik semula dalam barisan baru kepimpinan Mohamed Azmin.

Mereka digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Templer Mohd Zaidy Abdul Talib. Kini exco PAS hanya Iskandar Samad, Dr Ahmad Yunus ‎Hairi dan Mohd Zaidy.

Azmin mengumumkan 10 barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) baru‎ yang terdiri daripada:

Elizabeth Wong Keat Ping (PKR)
Dr Da‎royah Alwi (PKR)
Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR)
Amirudin Shari (PKR)

Datuk Teng Chang Khim (DAP)
Ean Yong Hian Wah (DAP)
V Ganabatirau (DAP)

Iskandar Abdul Samad (PAS)
Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS)
Zaidy Abdul Talib (PAS)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.