Categories
SELANGOR

FOMCA: Air, rumah, pengangkutan patut diberi perhatian

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 27 SEPT: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mahu Menteri Besar baru, Mohamed Azmin Ali dan barisan exco memberikan penumpuan khusus isu air, perumahan dan pengangkutan dengan hak pengguna terpelihara.

Timbalan Presidennya, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata projek perumahan rakyat mampu milik perlu diperbanyakkan supaya lebih ramai rakyat berpeluang memiliki rumah sendiri.

bas komuniti“Kemudahan pengangkutan awam mesti dipertingkatkan. Sistem pengangkutan awam secara percuma seperti di Petaling Jaya yang diilhamkan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, perlu diperluaskan.

“Ia berkesan dan meringankan bebanan ditanggung rakyat,” katanya kepada SelangorKini.

Mohd Yusof berkata, isu bekalan air dilihat agak kritikal dengan terdapat kawasan empangan dengan air mencatat bacaan rendah.

“Perkara ini perlu diberi perhatian supaya tidak timbul lagi masalah catuan air di Selangor.

Begitu juga dengan penstrukturan semula air yang perlu memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.