Categories
NASIONAL

Fomca: Kerajaan patut sedia insentif Bajet 2015 ringan beban rakyat kenaikan harga makanan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 2 SEPT: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mahu Kerajaan PusatĀ  menyediakan insentif membantu meringankan bebanan hidup rakyat semakin meningkat dalam pembentangan Bajet 2015.

Ia ekoran peningkatan harga bahan asas makanan yang terpaksa dihadapiĀ  rakyat mengakibatkan mereka berhadapan tekanan untuk membuat simpanan kewangan di masa hadapan.

naik.jpgTimbalan Presiden Fomca, Mohd Yusof Bin Abdul Rahman, berkata masalah dihadapi kini menyukarkan rakyat membuat tabungan tambahan pula melibatkan golongan yang berpendapatan rendah.

Katanya, hampir 70 peratus pendapatan bulanan digunakan untuk membeli keperluan asas makanan sementara selebihnya terpaksa digunakan untuk keperluan lain melibatkan kos penjagaan anak, pengangkutan, perubatan serta pendidikan.

“Kita dapati apabila kenaikan kos bahan makanan meningkat memang akan menyebabkan sebahagian besar pendapatan akan digunakan untuk makanan terutama sekali sebahagian besar golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Bila sebahagian besar pendapatan digunakan untuk bahan makanan, mungkin bakinya (pendapatan) dalam 30 hingga 40 peratus digunakan untuk perkara lain yang perlu dibayar misalnya di kawasan bandar untuk kos pengangkutan, perubatan dan pendidikan.

“Ini akan membebankan mereka kerana tidak mempunyai wang mencukupi,” katanya kepada Selangor Kini.

Berdasarkan analisa yang dibuat Fomca melalui Indeks Harga Pengguna yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Negara, mereka mendapati rakyat memang berhadapan peningkatan perbelanjaan makanan.

FOMCAJelasnya, kebanyakan ibu bapa kini berhadapan kesulitan terutama dalam soal perbelanjaan pendidikan anak-anak terutama ketika bermulanya musim persekolahan dan kemasukan anak ke institut pengajian tinggi.

Katanya, kesulitan ini mendorong kepada ibu bapa membuat pinjaman kewangan sementara menantikan anak mereka mendapat biasiswa mahupun pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).

The Malaysia Insider melaporkan kadar inflasi secara rasminya mungkin 3.5 peratus, tetapi rakyat mula mengeluh kenaikan harga barangan asas dan daging, memaksa mereka mengurangkan pembelian makanan pada harga sama dibeli mereka berbulan lalu.

Keluarga yang memperoleh pendapatan RM3,000 ke bawah mengatakan mereka kini kurang makan ayam, makanan laut, dan daging sejak enam bulan lalu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.