Categories
NASIONAL

Gamis: Hari Malaysia disambut pendaratan tentera Amerika?

SHAH ALAM 15 SEPT: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mengutuk tindakan Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak membenarkan tentera Amerika Syarikat mengadakan latihan eksesais bilateral di negara ini.

Presiden GAMIS, Abdul Malik Ab Razak, berkata beliau meluahkan rasa kebimbangan dan kerisauan di sebalik apa yang terjadi.

Amerika mendaratKatanya, walaupun dimaklumkan Angkatan Tentera Darat Malaysia tujuan pendaratan mereka adalah untuk latihan dalam bidang pengurusan bencana alam dan perlaksanaan Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), namun ia sungguh mencurigakan.

“Pendaratan tentera Amerika ini juga sebagai satu simbolik pengiktirafan kerajaan Malaysia terhadap keganasan Amerika dan sekutunya Israel terhadap umat Islam di seluruh dunia, khususnya di bumi Gaza melalui Operasi Perlindungan Sempadan (Operation Protective Edge) selama tujuh minggu,” kata Abdul Malik dalam satu kenyataan.

BxNXTf7CcAA-5-SBeliau berkata Kerajaan Malaysia meletakkan keselamatan negara dan rakyat di paras bahaya.

Katanya, tidak boleh dinafikan melalui siri latihan yang diadakan ini mampu memberi peluang dengan lebih terbuka kepada tentera Amerika untuk mengakses maklumat ketenteraan Malaysia dan mengkaji geografi dan permukaan bumi di Malaysia dengan seribu satu kemungkinan bakal berlaku.

“Justeru itu, GAMIS begitu kecewa dengan tindakan kerajaan dalam menyambut Hari Malaysia, 16 September dengan mencetuskan kebimbangan di lubuk hati rakyat akan keselamatan tanah air tercinta.

“Negara dalam keadaan bahaya selepas menjadi mangsa pertembungan kuasa besar dunia dengan tragedi pesawat MH370 dan MH17 serta di sebalik kedatangan Barack Obama yang mempunyai seribu satu persoalan,” katanya.

Beliau berkata GAMIS terus mendesak kerajaan untuk mengambil langkah proaktif dengan memperketatkan keselamatan di darat, laut dan ruang udara negara.

“GAMIS mahu kerajaan Malaysia bertindak segera dengan menghentikan kerjasama ketenteraan dengan Amerika Syarikat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.