Categories
SELANGOR

GERAMM mahu Azmin jamin kebebasan media

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 27 SEPT: Gerakan Media Marah (Geramm) mengharapkan kepimpinan baru di Selangor dapat mendukung prinsip kebebasan media.

Jurucakap Geramm, Radzi Razak berkata harapan yang disuarakan itu selari dengan janji Pakatan Rakyat dan Kerajaan Negeri sebelum ini.

Katanya, ini termasuk prinsip tidak memperkudakan media rasmi yang dikuasai Kerajaan Negeri mahupun parti.

“Saya minta menteri besar dapat dukung prinsip kebebasan media dan semangat enakmen FOI yang dijanjikan kerajaan pakatan rakyat dan negeri serta tidak memanipulasikan mana mana syarikat media baik milik kerajaan negeri atau parti.

“Tahniah dan semoga berjaya,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada 23 September lepas, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Istana Alam Shah, Klang.

Ekoran pertukaran itu, Ketua Pengarang akhbar rasmi Kerajaan Negeri, Fazallah Pit menggesa agar Azmin dapat menjamin kebebasan kepada sidang pengarang untuk melaporkan isu semasa.

Selangor Kini dikendalikan anak syarikat di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Communication Corporation Sdn Bhd.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.