Categories
NASIONAL

Wartawan tak patut didakwa Akta Hasutan hanya laporkan berita

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 SEPT: Gerakan Media Marah (GERAMM) mengecam tindakan kerajaan menjadikan seorang wartawan sebagai mangsa terbaru Akta Hasutan.

Jurucakap GERAMM, Radzi Razak berkata tindakan itu tidak adil memandangkan wartawan hanya melaporkan berita yang diperolehi dan bukan menulis mengikut pandangan peribadi.

geramm1622757_639867469405812_2095588228_nKatanya, sebarang dakwaan yang ingin dikenakan juga perlu disertakan dengan bukti kukuh berlandaskan undang-undang.

“Seorang wartawan tidak harus didakwa sekiranya hanya melaporkan berita.

“Penggunaan akta Hasutan sebegini turut memburukkan lagi ranking Malaysia dalam indeks kebebasan media dan memberi persepsi buruk terhadap keadaan negara,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau dihubungi bagi memberi respon berhubung tindakan dikenakan terhadap seorang wartawan Malaysiakini, Susan Loone ekoran laporannya mengenai Pasukan Peronda Sukarela (PPS).

mansuh aktaSemalam, polis membuka kertas siasatan terhadap Loone dan Malaysiakini ekoran laporan bertajuk ‘Disoal siasat selama 4 jam, dakwa dilayan seperti ‘penjenayah’’ pada 2 September lepas yang didakwa sebagai menghasut.

Loone dalam laporan berkenaan menulis berita berdasarkan temubualnya bersama Exco Kerajaan Negeri dan juga Pengerusi PPS, Phee Boon Poh.

Semalam juga, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Penolong Pesuruhjaya Mior Faridalatrash Wahid memaklumkan Phee juga akan disiasat di bawah akta sama berhubung laporan itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.