Categories
SELANGOR

Golf Worldwide medan lahir pemain berkualiti

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 8 SEPT: Kejohanan Golf Worldwide Holdings Selangor Masters mampu menjadi medan melahirkan pemain tempatan berkualiti juara dan mencabar pemain profesional antarabangsa.

Ketua Komunikasi Korporat WHB, Ami Nardin Ishak berkata, diharapkan kejohanan berprestij ini mampu melahirkan pemain golf tempatan yang mampu membawa cabaran ke peringkat antarabangsa.

golf04“Kita harap pemain tempatan akan menunjukkan kualiti permainan membanggakan untuk mencabar pemain profesional antarabangsa.

“Kita bukan hanya sekadar mahu dilihat hebat dalam menganjurkannya tetapi juga kita mahu hebat untuk menang,” katanya kepada SelangorKini.

Kejohanan edisi ketujuh bakal berlangsung di Kelab Golf Seri Selangor mulai 18 hingga 21 September ini menawarkan hadiah keseluruhan RM1.3 juta.

Worldwide Holdings Berhad (WHB) dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Asian Tour menganjurkan kejohanan ini yang tersenarai dalam Jelajah Asia serta kalendar pelancongan Selangor.

Pada tahun lalu seorang pemain amatur negara, Gavin Kyle Green, 21, berjaya menyaingi pemain profesional lain dan menduduki tangga ke sepuluh keseluruhan.

Beliau diumumkan pemain amatur terbaik pada sesi kejohanan dijuarai Pariya Junhavasdikul dari Thailand.

Sejak 2008, Ami Nardin berkata, kejohanan ini melahirkan bakat-bakat baru daripada kalangan pemain tempatan seperti Ong Ben Leong, Haziq Hamizan, Danny Chia, Ian Steel, Shaaban Hussin dan ramai lagi.

Ong Ben Leong adalah pemain tempatan pertama menjuarai kejohanan golf ini pada 2008.

Pada edisi tahun lalu, seramai 144 pemain profesional di bawah Siri Jelajah Asia dengan seramai 108 adalah pemain antarabangsa dari 22 negara) dan 36 pemain tempatan menyertainya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.