Categories
SELANGOR

Hadi cadang Abdul Khalid kekal MB atasi kemelut politik

Oleh Nazli Ibrahim

SHAH ALAM 13 SEPT: Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang mencadangkan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sebagai jalan penyelesaian kemelut politik Selangor.

“Pertemuan itu adalah antara siri pertemuan dengan pimpinan tertinggi parti komponen Pakatan yang dipersetujui Pemuda Pakatan bagi menyelesaikan hubungan dalaman berikutan isu berkenaan.

“Dalam perbincangan itu, apabila ditanya tentang pandangan Tuan Guru Haji Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan ialah dengan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“…dan Tuan Guru sendiri akan memantau kelemahan Tan Sri Khalid,” kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan medianya, semalam.

Turut menyertai pertemuan itu ialah Pemuda PDewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat dan Ketua DAPSY Teo Kok Seong.

Nik Nazmi bagaimanapun menyifatkan cadangan Hadi itu sebagai merisaukan sekalipun kemelut politik itu sudah berlarutan hampir tiga bulan.

Pada pertemuan itu, katanya, Hadi menyatakan prestasi Abdul Khalid sebagai Menteri Besar akan dipantau beliau.

Kata Nik Nazmi, pilihan itu bertentangan dengan sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau menyeru sebarang penyelesaian isu ini mestilah dibuat dalam kerangka bersama PR.

Leave a Reply

Your email address will not be published.