Categories
NASIONAL

Hadi, Mohamad Sabu ketawa disoal media mereka ‘tak ngam’

Oleh NAZLI IBRAHIM

BATU PAHAT, 18 SEPT: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu sama-sama tergelak ketawa apabila ditanya mengenai keserasian gandingan mereka berdua dalam parti itu.

“Bagaimana tak ngam kalau kami boleh duduk dekat,” kata Abdul Hadi dalam sidang medianya di Muktamar Tahunan PAS ke-60 bertema Terus Istiqamah di Parit Salleh Ros di sini, hari ini.

Turut bergelak ketawa ketika soalan itu diaju ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang turut menyertai sidang media berkenaan.

Mohamad kemudian menyambung: “Kami berduaan” dan see is believing” kepada kumpulan wartawan.

Kebelakangan ini, kedua-dua pemimpun itu lantang menyuarakan pandangan masing-masing berhubung kemelut politik Selangor khususnya mengenai calon Menteri Besar Selangor.

Hadi dilihat cenderung menolak Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku penyandang Menteri Besar manakala Mohamad dikatakan lebih ‘mematuhi’ kehendak Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Untuk saksikan siaran langsung Muktamar PAS ke-60, klikĀ tv.selangorku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.