Categories
NASIONAL

Hadi: PAS tak pelahap jawatan MB, gelar dua Adun sebagai barua

Oleh Afix Redzuan

BATU PAHAT, 20 SEPT: Presiden PAS dalam melantang kritikan terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selangor yang menandatangani akuan bersumpah menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, dilihat gagal mengawal emosi hingga menggelar mereka sebagai barua.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap mereka ‘menyeberang’ kepada kumpulan yang mahu membentuk majoriti dalam kemelut penukaran Menteri Besar Selangor, mulanya mempersoal mana lebih besar, bai’ah atau surat akujanji.

“Ini pula ada pihak yang takut majoriti tidak dapat, curi Adun kita. Beli wakil rakyat. Inikah etika bertahaluf?

“Kita tidak memandang ringan dua ADUN kita yang sanggup menyeberang. Yang jadi broker, yang jadi barua,” katanya dengan nada kemarahan yang kedengaran tertahan-tahan dan agak hilang kawalan.

Beliau berkata, PAS tidak pelahap untuk berebut jawatan Menteri Besar meskipun PAS paling banyak kerusi iaitu 15 berbanding Parti Keadilan Rakyat (14 kerusi) dan DAP (15 kerusi).

“Bila terjadinya Langkah Kajang yang tidak disenangi kita, saya tegaskan PAS tidak merebut jawatan Menteri Besar. PAS tidak pelahap jawatan Menteri Besar,” katanya.

Hadi juga tidak mahu PAS dijadikan hotel dan jambatan pendek untuk pihak lain mencapai matlamat mereka.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.