Categories
SELANGOR

Hadiah RM1,830 menanti Pertandingan Scrabble MPSJ

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 8 SEPT: Sempena Program Hari Komuniti Bandar Hijau, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) turut mengadakan pertandingan ‘Scrablle Challenge’ bagi memeriahkan lagi program.

Pertandingan akan berlangsung pada hari kedua program dijalankan pada 28 September ini.

scrabble-smallMenurut MPSJ, pertandingan bermula seawal jam 9 pagi bertempat di Kompleks Membeli Belah One City, USJ 25, Subang Jaya.

Penyertaan terbuka kepada orang ramai dengan yuran penyertaan RM10 setiap seorang.

Peserta juga berpeluang memenangai hadiah menarik yang bernilai sehingga RM1,830.

Sebarang pertanyaan berkenaan Program Hari Komuniti Bandar Hijau dan pertandingan ‘MPSJ Scrabble Challenge’ orang ramai boleh layari www/mpsj.gov.my atau hubungi Juliana di talian 03-5637 0279/019-678 8045 dan Shima di talian 03-5637 8754/018-298 8538.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.